BEIJING - China memiliki sejumlah 271 rizab semula jadi laut di seluruh negara pada akhir tahun 2018, lapor agensi berita Xinhua memetik data Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara.
Rizab semula jadi laut yang terletak di 11 kawasan pesisir bertaraf wilayah seperti Liaoning, Hebei dan Tianjin itu meliputi lokasi seluas 124,000 kilometer persegi, menurut kenyataan laman sesawang pentadbiran tersebut.
Iklan
Iklan
Rizab itu adalah tempat tinggal beberapa spesies laut yang jarang ditemui atau terancam termasuk ikan lumba-lumba putih China, anjing laut pelabuhan dan penyu.
Terumbu pantai, hutan bakau, tanah bencah pantai dan ekosistem laut lain turut terdapat di kawasan rizab itu.
China mewartakan Pulau Shedao yang terletak kira-kira 10 kilometer di barat daya semenanjung Liaoning sebagai rizab laut pertamanya pada 1963 bagi melindungi spesies ular kapak. - Bernama