SPRM nafi terima arahan untuk 'membutakan mata'

Iklan
SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya SPRM telah menerima arahan untuk 'membutakan mata' terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan Lembaga Tabung Haji.

Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, SPRM berkata, ingin ditegaskan bahawa SPRM sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

"Tangkapan atau penahanan yang dilakukan SPRM bertujuan untuk membantu siasatan berdasarkan asas-asas kukuh.

"SPRM sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), undang-undang dan peraturan yang ditetapkan semasa menjalankan siasatan dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu atau organisasi demi membersihkan negara ini daripada jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Katanya, perbuatan mengeluarkan kenyataan oleh mana-mana pihak atau individu berhubung kes yang sedang disiasat boleh mengganggu dan menjejaskan perjalanan siasatan yang juga seolah-olah memaksa SPRM mendedahkan hasil siasatan kepada masyarakat.

"SPRM tidak akan membuat sebarang pendedahan terhadap hasil siasatan dan hanya akan menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya bagi membuat keputusan secara profesional," katanya.

Iklan