Laluan Felda Sungai Klah berisiko lepas hujan lebat

Iklan
Kerja-kerja penambakan sedang dilakukan di lokasi oleh syarikat kontraktor. (Kanan: Keadaan jalan yang terhakis di Seksyen 4.30 laluan Felda Sungai Klah.)

SUNGKAI - Laluan Felda Sungai Klah di Seksyen 4.30 berisiko kepada semua kenderaan selepas hujan lebat sejak semalam menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan hakisan jalan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, keadaan itu dikesan sekitar jam 7 malam semalam yang disebabkan hujan berlarutan selama beberapa jam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lawatan oleh Ketua Polis Balai Sungkai bersama penyelia syarikat kontraktor di lokasi pagi tadi mendapati, keadaan tanah yang runtuh meliputi 75 peratus jalan.

"Keadaan ini berbahaya kepada semua jenis kenderaan, pihak kontraktor kini dalam usaha melakukan kerja-kerja penambakan untuk mengelak keadaan lebih teruk," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pada April lepas, sebuah syarikat kontraktor telah dilantik bagi menjalankan kerja pembaikan dan penyelenggaraan cerun di situ.

"Kerja-kerja penambakkan tanah dan pengalihan paip air telah dilakukan oleh kontraktor melibatkan kedalaman cerun antara tujuh ke sembilan meter," katanya.

Iklan