Pemuda UMNO desak selamatkan penduduk berdepan ancaman

Iklan
Mohd Azmawi

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Gua Musang mendesak semua pihak memainkan peranan bagi menyelamatkan penduduk berdepan dengan ancaman penyakit yang meragut nyawa di Kuala Koh.

Memandang serius isu kematian tersebut, Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu mengambil langkah drastik bagi membendung wabak berkenaan daripada terus berleluasa dan mengorbankan lebih banyak nyawa.

Iklan
Iklan

"Siasatan harus disegerakan dan hasilnya nanti perlu diambil tindakan yang sewajarnya melibatkan pelbagai agensi.

"Sekiranya perlu, libatkan sekali SPRM jika terdapat unsur-unsur salah guna kuasa dan rasuah terhadap petualang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, tidak kira apa pun punca yang menyebabkan kematian tersebut berlaku, pihak berkaitan perlu berbuat sesuatu dalam hal serius sebegitu.

Katanya juga, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian pihak tertentu seperti pembalak dan peneroka dengan menggantung lesen operasi.

Iklan

Dalam pada itu, Azmawi Fikri yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan berkata, tidak kira apa punca yang menyebabkan kematian, ia perlu ditangani agar tidak memberikan kemudaratan berpanjangan.