'Tidak kira apa pun sebab tetap kena siasat'

Iklan
Amran (dua, kanan) ketika mendapat penerangan daripada pihak hospital semasa melawat mangsa di Hospital Gua Musang hari ini.

KOTA BHARU - Tidak kira apa faktor sekali pun yang menjadi penyebab kematian Orang Asli di Kuala Koh, pihak berkaitan perlu melakukan siasatan secara serius.

ADUN Paloh, Amran Ariffin berkata, jika kematian dikaitkan dengan pencemaran sumber air maka siasatan perlulah menjurus ke arah itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, seandainya ia bersangkut paut dengan penyakit keturunan mahupun pembawaan wabak tertentu, maka wajar juga tindakan lanjut diambil perhatian.

"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Jika sebelum ini ada agensi yang mengatakan sumber air digunakan penduduk selamat, jadi tidak salah bagi saya ia diperiksa lagi secara menyeluruh.

Iklan

"Berdasarkan dakwaan penduduk juga saya dimaklumkan sumber air mereka tercemar yang dikatakan ada kaitan dengan aktiviti sekitar penempatan menyebabkan mereka sakit dan sukar bernafas,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu beliau melawat 33 Orang Asli dari Kuala Koh yang sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Iklan

Amran juga memaklumkan pihak hospital tidak menggalakkan beliau mendekati pesakit kerana dikhuatiri boleh berjangkit.