KEMELUT yang melanda Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) memasuki episod baharu apabila kongres pemilihan ke-31 badan induk itu yang dijadual berlangsung Ahad ini terpaksa ditangguhkan.
Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Datuk Zaiton Othman menerusi satu surat berkata, penangguhan itu terpaksa dilakukan ekoran wujud bantahan di kalangan ahli gabungan KLFA yang tidak berpuas hati dengan proses pencalonan kongres tersebut.
"Pejabat ini mengambil maklum dan memandang serius mengenai kemelut yang berlaku dalam proses pencalonan bagi Kongres ke-31 KLFA yang dijangka diadakan pada 18 November 2018.
"Kemelut ini telah menjadi perhatian umum menerusi media massa mahupun media sosial dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli-ahli gabungan serta peminat-peminat bola sepak Kuala Lumpur.
"Pejabat ini turut menerima surat bantahan daripada ahli gabungan KLFA yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengurusan pelaksanaan kongres yang disifat menidakkan hak ahli-ahli," katanya.
Justeru, Zaiton berkata pihaknya akan memanggil Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dan pengadu untuk mendapatkan penjelasan sepenuhnya.
"Bagi memberi ruang untuk menyelesaikan kemelut ini, Pejabat ini berpandangan wajar kongres tersebut ditangguhkan sehingga proses siasatan lanjut dan pendengaran selesai.
Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Kasnon tampil mendedahkan ketidaktelusan KLFA dalam menguruskan borang pencalonan kongres badan induk itu apabila haknya dinafikan untuk bertanding jawatan presiden.
Setiusaha Agung KLFA, Nokman bagaimanapun tampil membidas tuduhan tersebut dengan mendedahkan Rashid menggunakan cara kotor untuk mendapat sokongan ahli gabungan selain turut berkata beliau menerima ugutan daripada pihak terbabit selepas tamat proses pencalonan.