Bimbang anak ikut jejak langkah isteri

Iklan
Dua anak Adidas menerima kunjungan Waytha dan Husam di Hospital Kuala Krai.

KUALA KRAI - Seorang bapa dari Kuala Koh meluahkan kebimbangan terhadap tiga anaknya yang kini masih dirawat di hopsital selepas mengadu sesak nafas baru-baru ini tidak dapat diselamatkan.

Adidas Ong, 29, berkata, biarpun anaknya itu menunjukkan perubahan positif tetapi hati kecilnya masih terselit perasaan takut memandangkan simptom dialami mereka pernah dilalui isterinya sebelum meninggal dunia di Pahang pada 2014.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia mempunyai lima anak, tetapi tiga anaknya yang sakit ialah Boy,7; Baya,6; dan Oi berusia 8 tahun.

Bapa tunggal itu juga berkata, dua anaknya kini dipantau di Hospital Kuala Krai manakala seorang lagi dirawat di Hospital Gua Musang.

Iklan

"Tiga anak saya mula sesak nafas, sakit tekak dan demam. Mereka dihantar ke Hospital Gua Musang oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mendapatkan rawatan.

"Selepas beberapa hari menerima rawatan, keadaan dua anak bertambah serius dan dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Sejak empat hari lepas anak saya di sini," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Krai hari ini.

Iklan

Terdahulu dia menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy dan juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Senator Datuk Husam Musa.

Adidas juga berkata, biarpun dua anak di depan matanya kelihatan semakin baik tetapi dia tetap runsing dengan keadaan seorang lagi anaknya yang terpaksa berjauhan kerana dirawat di Hospital Gua Musang.

Selain itu, dia juga memberitahu mereka menggunakan air tandak sejak lebih 10 tahun lalu tetapi sebelum ini tidak pernah mendatangkan kesan negatif.