Paha digigit 'cikti' merayap dalam seluar

Iklan
Umirah menunjukkan seluar yang dipakai dilipat sedikit sebelum tikus jalanan menyelinap masuk. Gambar kanan: Kecederaan dialami Umirah akibat gigitan berkenaan.

SEGAMAT - Seorang gadis terpaksa menerima rawatan di hospital selepas paha kanannya cedera gara-gara digigit tikus jalanan yang masuk ke dalam seluarnya.

Umirah Mohamad, 19, berkata, dalam kejadian petang Jumaat itu, dia yang sedang berjalan bersama ibunya menuju ke sebuah pasar raya di Taman Yayasan di sini telah merasakan sesuatu bergerak merayap di betis kanannya.

Iklan
Iklan

"Sebaik turun dari kereta, saya menyingsing sedikit seluar bagi mengelakkan lopak air hujan. Tiba-tiba saya rasa ada sesuatu masuk di kaki dan memanjat betis saya sebelum naik ke paha dan menggigit.

"Mulanya saya sangka ia adalah seekor cicak. Namun, saya bergegas masuk ke kereta dan membuka sedikit seluar bagi memeriksa keadaan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Iklan

Menurutnya, dia yang terkejut turut dibantu ibunya terpaksa membunuh dengan memicit kepala anak tikus bersaiz ibu jari kaki orang dewasa sebelum bergegas membawanya ke Hospital Daerah Segamat.

"Saya terkejut apabila melihat ia adalah seekor anak tikus yang sedang menggigit paha saya. Ibu yang turut membantu cuba menarik tikus itu supaya berhenti daripada menggigit tapi tak boleh menyebabkan ibu terpaksa bunuh untuk leraikan gigitan.

Iklan

"Saya diberikan suntikan kancing gigi di bahagian lengan serta punggung sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian. Saya hanya cedera sikit saja sebab hanya terima empat gigitan anak tikus,” katanya.

Umirah mendakwa sebelum kejadian itu dia ada melihat seekor kucing di kawasan berhampiran dan menganggap tikus itu menyelinap masuk ke dalam seluar saya kerana terancam.