Remaja Syria cedera diserang pelajar kulit putih

Iklan
Mangsa berusia 14 tahun dipukul ketika berada dalam tandas. - Foto Dailymail

PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja perempuan berasal dari Syria dimasukkan ke hospital selepas cedera dipukul pelajar kulit putih di sekolahnya.

Mangsa berusia 14 tahun itu mengalami konkusi dan lebam teruk akibat dipukul ketika berada dalam tandas di Sekolah Tinggi Chartiers Valley, Bridgeville, Pennsylvania.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Pittsburgh's Action News, penyerang menolak dan memukul kepala mangsa selepas ditegur kerana mahu menghisap vape dalam tandas berkenaan.

Susulan insiden terbabit, Council on American-Islamic Relations (CAIR) meminta siasatan bebas dijalankan selepas pihak berkuasa mendakwa tiada petunjuk serangan bermotif perkauman dan agama.

Iklan

Mangsa tiba di Amerika Syarikat bersama keluarganya selepas dua tahun berada di kem pelarian. - Agensi/Dailymail

Iklan