Remaja lelaki maut motosikal terlibat kemalangan

Iklan
Keadaan motosikal dinaiki mangsa selepas kejadian di Lebuhraya Link Kedua, Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

ISKANDAR PUTERI - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal dinaikinya terbabit dalam satu kemalangan di KM12.8 Lebuhraya Link Kedua arah barat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Aiman Harris Jaffar, 18, difahamkan sedang menghala ke arah Gelang Patah dari Perling sebelum motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan itu kemudiannya mengakibatkan mangsa telah tercampak dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh pihak ambulans.

Iklan

"Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.46 pagi tadi semasa mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati laluan itu adalah kawasan lebuhraya dengan kemudahan dua lorong sehala.

Iklan

"Keadaan jalan rata, kering, bertar dan cuaca adalah baik. Bagaimapun keadaan cahaya di lokasi adalah gelap berlampu (malam) semasa kemalangan.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasi di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.