Kerajaan pandang serius kematian orang asli di Kuala Koh: TPM

Iklan
- Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan memandang serius isu kematian dalam kalangan masyarakat orang asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa kematian melibatkan suku kaum Bateq itu disebabkan pencemaran kolam sumber air akan disiasat dengan teliti.

Iklan
Iklan

Katanya, pihak berkuasa akan melihat kegiatan perlombongan dan pembalakan di sekitar kawasan itu untuk memastikan segala prosedur berkaitan alam sekitar dipatuhi.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air orang asli," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan juga akan mengkaji dasar-dasar alam sekitar berhubung aktiviti pembalakan dan perlombongan terutama berkaitan masalah yang dihadapi orang asli.

"Penguatkuasaan lebih ketat dan dasar pencegahan adalah antara beberapa langkah yang akan diambil perhatian," katanya.

Iklan

"Saya akan sentiasa mendoakan keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang sedang menjalani rawatan," kata Dr Wan Azizah.- Bernama