Orang Asli Bateq: Tiada kematian terbaharu dilapor

Iklan
Gambar kecil, Dr Zaini Hussin.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri menafikan ada mangsa terbaharu membabitkan orang asli Kuala Koh meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pagi ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin dalam satu kenyataan berkata, dakwaan yang tersebar dalam media sosial itu adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"Pesakit yang mendapatkan rawatan di Kota Bharu berusia 3 tahun dan masih mendapatkan rawatan di Wad Intensif Kanak-Kanak di HRPZ II.

"Diagnos terhadap mangsa sebagai Broncopneumonia malah turut mempunyai masalah kurang zat makanan,” katanya.

Iklan

Terdahulu pagi ini, media dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi mangsa terbaharu iaitu seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia di HRPZ II.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud turut mengesahkan tiada laporan kematian diterima membabitkan orang asli suku kaum Bateq di hospital di sini.

Iklan