Jaringan gol adalah kelemahan saya: Sumareh

Iklan
Foto: Bernama

MALAYSIA mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas Timor Leste pada pusingan pertama Piala Dunia 2022/Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jumaat, tetapi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh tidak mencatatkan namanya dalam senarai penjaringan gol.

Selepas tersisih dalam perlawanan menentang Nepal pada Ahad lepas berikutan penggantungan empat perlawanan (perlawanan persahabatan sahaja) atas salah lakunya dalam satu perlawanan rasmi semasa liga kedua akhir Piala AFF menentang Vietnam, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe membawa beliau kembali dalam senarai permulaan.

Iklan
Iklan

Meskipun tidak ada sebarang jaringan gol sebelum dimasukkan pada minit ke-62 perlawanan itu, pemain berusia 27 tahun itu telah mencipta beberapa peluang dengan melakukan dua bantuan bagi membolehkan Safawi Rasid melakukan jaringan pada minit ke-45 dan 59.

Pemain tengah kelahiran Gambia itu, yang lebih dikenali sebagai ‘Keli-boy’ berkata, beliau lebih rela menghantar bola itu kepada rakan sepasukan, yang mempunyai lebih peluang untuk menjaringkan gol daripada melepaskan peluang baik itu dengan mencuba sendiri.

Iklan

"Ia memang sering menjadi kelemahan saya, menjaringkan gol... Saya suka melihat rakan sepasukan yang menjaringkan gol, Saya tidak suka pentingkan diri, tetapi orang berkata saya perlu jaring lebih banyak gol. Bila saya ada peluang, tetapi jika ada rakan sepasukan dengan peluang terbuka untuk menjaringkan gol, saya akan lebih rela serahkan bola berkenaan.

"Jika gol hampiri (kepada saya), ia akan hampir, tetapi jika saya bantu dan pasukan menang, saya akan lebih gembira. Saya tidak mahu mengubahnya dan menjadi pemain yang mementingkan diri, selagi saya boleh bantu pasukan untuk menang, saya gembira,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan pasukan itu di padang Majlis Sukan Negara di sini, hari ini.

Iklan

Sejak penglibatannya dalam pasukan negara menentang Sri Lanka pada Oktober tahun lepas, Sumareh merekodkan dua jaringan, masing-masing satu menentang Sri Lanka dan Maldives (Nov) pada perlawanan persahabatan antarabangsa, selain melakukan banyak peluang untuk kejohanan peringkat dunia terutama pada kempen Piala AFF 2018.

Mengenai perlawanan kedua menentang Timor Leste pada Selasa, Sumareh berkata, pasukannya menantikan untuk bermain satu lagi bola sepak yang menarik dan menghiburkan peminat.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata, beliau mungkin tidak akan membuat perubahan sepenuh dalam senarai pemain walaupun mempunyai enam peluang gol, tetapi meminta pemain dengan diberi tanggungjawab untuk terus fokus dalam keseluruhan 90 minit perlawanan.

"Saya akan lihat pada latihan selama dua hari ini sama ada pemain perlu direhatkan (kerana keletihan) atau memberi peluang kepada pemain yang masih belum beraksi pada perlawanan menentang Timor Leste dan Nepal sebelum ini. Saya rasa mana-mana jurulatih pun jarang ubah keseluruhan kesebelasan utama, kemungkinan besar kita akan kekalkan sebahagian besar pemain.

"Kita akan turun dengan corak perlawanan kita dan main dengan baik. Saya mahu pemain kurangkan kesilapan-kesilapan individu, kekalkan tempo dan konsistensi kita, walaupun dahului dengan selesa,” katanya.

Cheng Hoe juga mengesahkan bahawa penyerang, Muhammad Syafiq Ahmad akan terlepas perlawanan itu kerana kecederaan ligamen medial cagaran (MCL) pada liga pertama, sebelum dimasukkan pada minit ke-11. Beliau akan mengambil masa dua minggu untuk pulih semula.- Bernama