Trafik sesak di lebuh raya utama malam ini

Iklan
Tinjauan di sekitar laluan Leburaya Pantai Timur menuju ke Tol Gombak menunjukkan kenderaan mula sesak setelah warga kota mula pulang pada hari kelima sambutan Hari Raya Aidilfitri sekitar jam 7.30 malam ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa tempat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak malam ini di penghujung cuti sempena Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik sesak sekitar 26 kilometer (km) dari persimpangan Karak ke Lentang dan sekitar lapan kilometer selepas Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Iklan
Iklan

Di LPT1, ia berkata trafik sesak sekitar 15 km selepas persimpangan Lanchang menuju persimpangan Karak.

Bagi mengelak kesesakan di Plaza Tol Karak, anda boleh menggunakan laluan alternatif dengan keluar di persimpangan Lancang (Exit 816), katanya.

Iklan

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Gopeng ke Tapah dan terus ke Sungkai dan dari Behrang ke Bukit Beruntung.

Situasi serupa turut dilaporkan bagi laluan Pendang-Gurun; Sungai Petani (Selatan)-Bertam; Changkat Jering-Taiping (U) dan Kuala Kangsar-Terowong Menora.

Iklan

Pergerakan trafik turut dikesan perlahan dari Pedas-Linggi ke Seremban, Machap ke Sedenak seterusnya ke Kulai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama