Empat lagi penunjuk perasaan terbunuh di Sudan

Iklan
Penunjuk perasaan menyekat jalan raya di Khartoum.

KHARTOUM - Sekurang-kurangnya empat lagi rakyat Sudan terbunuh apabila pasukan keselamatan negara itu melepas tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ketika menyuraikan penunjuk perasaan yang memasang sekatan jalan raya di sekitar ibu negara semalam.

Empat orang terbunuh pada hari pertama demonstrasi ‘pengingkaran awam’ menolak pemerintahan tentera, kata kumpulan doktor yang dikaitkan dengan penunjuk perasaan.

Iklan
Iklan

Jawatankuasa Pusat Doktor-Doktor Sudan menyalahkan pentadbiran majlis tentera dan militia ke atas empat kematian itu.

Pembunuhan semalam berlaku selepas beberapa hari pasukan keselamatan di bawah Majlis Peralihan Tentera (TMC) menggempur penunjuk perasaan menyebabkan lebih 100 maut dan 500 lagi cedera.

Iklan

Setakat ini, 118 orang terbunuh sepanjang pelaksanaan tindakan keras tentera untuk menyuraikan pembangkang yang enggan berganjak sejak 3 Jun lalu.

Bantahan berpunca daripada kenaikan tiga kali ganda harga roti mencetus protes besar-besaran terhadap Presiden Omar al-Bashir Disember lalu dan pemerintahan kuku besinya.

Iklan

Selepas digulingkan April lalu, penunjuk perasaan masih berkhemah selama beberapa minggu di Khartoum mendesak pemimpin tentera untuk memulakan peralihan kuasa. - AFP