'Arwah gembira sambut Aidilfitri bersama keluarga'
Iklan
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek As Salam Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor pada jam 11.30 pagi tadi.
GEORGETOWN - Allahyarham Fadzil Ahmad yang meninggal dunia selepas menunaikan solat Maghrib semalam tidak menunjukkan sebarang perubahan malah kelihatan gembira ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.
Anak keduanya, Siti Nuraida, 32, berkata, arwah bapanya berada dalam keadaan sihat sehingga menemui ajal selepas menunaikan solat di Masjid Al Wajdi Bukit Selambau, Sungai Petani.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagaimanapun, bapanya pernah mengidap sakit jantung namun tidak pernah menjalani sebarang pembedahan.
"Dia sihat, langsung tak tunjuk perubahan. Malah kelihatan amat gembira pada hari raya baru-baru ini apabila dapat berkumpul dengan saudara dan keluarga. Bagaimanapun, dia ada sakit jantung tapi lama dah.
Iklan
"Dia tak buat pembedahan apa-apa pun, hanya bergantung dengan ubat saja. Dia pun ada berusaha berubat kampung. Selain itu, arwah bapa juga mengidap penyakit kencing manis," katanya ketika dihubungi tadi.
Nuraida berkata, arwah bapanya mula bercuti untuk bersara sejak Februari lalu dan akan bersara pada 14 Julai ini.
Iklan
Saudara, keluarga dan rakan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Fadzil pagi tadi.
"Sepanjang bercuti, dia aktif dengan aktiviti keagamaan dan sering ke surau atau masjid. Arwah bapa sangat aktif dan sihat sepanjang Ramadan.
"Cuma, dia ada pesan agar jaga keluarga terutamanya adik bongsu, Muhamad Syafiq. Arwah bapa juga ada cakap nak buat rumah tetapi nampaknya tidak kesampaian.
"Ketika bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, dia tinggal bersama Muhamad Syafiq di berek polis," katanya.
Allahyarham Fadzil yang merupakan sub inspektor polis kematian isterinya, Shariah Ahmad sejak enam tahun lalu dan meninggalkan tiga orang anak.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek As Salam Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor pada jam 11.30 pagi tadi.
Dalam kejadian semalam, Allahyarham Fadzil sempat berpaut pada anaknya akibat sesak nafas sebaik sahaja selesai memberi salam solat Maghrib sebelum disahkan meninggal dunia.
Arwah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Selambau.
ARTIKEL BERKAITAN: Meninggal dunia selepas selesai beri salam solat Maghrib
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam