​Saipolyazan​ ketua pegawai eksekutif baharu​ LZS​

Iklan
Saipolyazan dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif baharu LZS berkuatkuasa hari ini.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan pelantikan ​​​​ketua pegawai eksekutif baharunya, Saipolyazan Mat Yusop berkuatkuasa ​hari ini.

LZS dalam satu kenyataan media memberitahu, ​​Saipolyazan ​mengisi jawatan tersebut yang dikosongkan oleh Hussin Mohd Ali sejak 10 Oktober 2017.​

Iklan
Iklan

M​enurut kenyataan tersebut, sebelum ini, Saipolyazan ​​pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang pengurusan.

"​Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini adalah ​Ketua Pengurusan Fasiliti di Alborj Facility Management (Arab Saudi), Pengarah Pengurusan Fasiliti IBEX Management Services Sdn Bhd, Pengarah Operasi Kumpulan IBEX Group of Companies​, Ke​tua Perancangan dan Pembangunan Celcom Kawasan Tengah​ serta Penolong Pengurus Telekom Malaysia​.

Iklan
Iklan

"Semoga pelantikan ini akan dapat meneruskan visi LZS untuk memperkasakan lagi pengurusan zakat di negeri Selangor," katanya.