Baim larang isteri bekerja elak keguguran

Iklan
Pelakon, Baim Wong

BINTANG Indonesia terkenal, Baim Wong melarang isterinya Paula Verhoeven yang sedang hamil untuk bekerja kerana dikhuatiri mengalami keguguran sekali lagi.

Sebagaimana laporan portal hiburan luar negara itu, Baim lebih memilih isterinya untuk berehat di rumah sahaja.

Iklan
Iklan

"Paula banyak meluangkan masa di rumah sahaja. Saya berpesan kepada dia untuk tidak bekerja kerana bimbang, takut dia keguguran.

"Sebelum perkara tidak diingini itu terjadi, biar saya sahaja yang bekerja.

Iklan

"Kadang-kala dia terpaksa juga keluar kerana sudah ada kontrak yang ditanda tangani bersama beberapa jenama sebelum ini. Tetapi kalau sampai dia keluar kota atau negeri, itu saya tak benarkan," luahnya.

Pada masa sama, Baim, 38, juga tidak membenarkan isterinya menaiki kapal terbang biarpun sudah mendapat lampu hijau daripada doktor.

Iklan

"Saya tak benarkan dia naik pesawat tetapi dia degil.

"Kami ada perancangan untuk bercuti tetapi belum tahu bila kerana jadual saya yang padat.

"Dia sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan doktor juga sudah memberi kebenaran tetapi perlu disuntik terlebih dahulu," katanya.

Terdahulu, isteri pelakon itu pernah mengalami keguguran namun mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri atas dasar privasi.

Pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Noovember 2018.