PM banding status Zakir dengan ekstradisi Sirul

Iklan
Dr Mahathir bersama Zakir dalam satu pertemuan yang dimuat naik oleh Zakir di Facebooknya.

MELAKA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan status Zakir Naik dengan permohonan Malaysia terhadap Australia berkenaan ekstradisi Sirul Azhar Umar yang disabit atas kesalahan bunuh.

Menurutnya, sebelum menerima permohonan ekstradisi daripada pemerintah India, kerajaan Malaysia perlu mengetahui apa yang berlaku kepada individu berkenaan.

Iklan
Iklan

"Umpamanya kita mempunyai seorang banduan (Sirul Azhar) yang lari ke Australia. Kita minta Australia hantar balik tetapi Australia kata kalau (Sirul Azhar) dihantar balik, dia akan kena gantung. Sampai sekarang Australia tidak setuju (ekstradisi Sirul Azhar).

"Kita juga berhak untuk menentukan orang yang kita hantar balik itu mendapat kehakiman yang adil,” katanya menerusi laporan yang dipetik daripada portal berita Malaysiakini, di sini hari ini.

Iklan

Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan bahawa Direktorat Penguatkuasaan India akan mendapatkan waran tangkap terhadap Zakir dalam perbicaraan yang sedang didengar oleh mahkamah khas di Mumbai di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2002.

Mahkamah Mumbai akan memutuskan sama ada waran tangkap tanpa jaminan perlu dikeluarkan terhadap Zakir.

Iklan