Bekas Presiden Pakistan ditahan tuduhan rasuah

Iklan
Bekas Presiden Pakistan Asif Ali Zardari (dua dari kiri) tiba di mahkamah bagi permohonan ikat jaminnya di Mahkamah Tinggi Islamabad pada hari ini. - Foto AFP

ISLAMABAD - Bekas Presiden Pakistan Asif Ali Zardari ditahan hari ini selepas permohonan ikat jaminnya berhubung kes pengubahan wang haram berprofil tinggi ditolak oleh mahkamah.

Zardari yang juga suami bekas perdana menteri Benazir Bhutto yang dibunuh pada 27 Disember 2007 di Rawalpindi, berkhidmat sebagai Presiden Pakistan dari tahun 2008 hingga tahun 2013.

Iklan
Iklan

Pergaduhan kecil terjadi antara pihak polis dan penyokong Zardari yang terdiri daripada ahli Parti Rakyat Pakistan (PPP) di luar kediaman keluarga bekas presiden berkenaan ketika beliau ditahan.

Zardari dituduh menyeleweng sejumlah besar wang menerusi akaun bank palsu selain terbabit dalam pengubahan wang haram.

Iklan

Tahun lalu, pihak berkuasa Pakistan menemukan beberapa akaun di atas nama orang miskin yang mempunyai wang dalam jumlah besar namun kemudian lesap.

Dikenali sebagai 'Mr Ten Percent', Zardari bagaimanapun menafikan dakwaan terlibat dalam kes terbabit dan menyifatkan kerajaan digunakan sebagai alat pihak tentera yang berkuasa.

Iklan

Seringkali diselubungi kontroversi, Zardari juga pernah dipenjarakan selama 11 tahun akibat rasuah dan meletak jawatan sebagai presiden pada tahun 2013 namun terus berkhidmat sebagai pengerusi bersama parti pembangkang, PPP.

Penangkapan Zardari berlaku pada ketika ekonomi terus menjunam di Pakistan ekoran penurunan nilai mata wang rupee, peningkatan inflasi serta kenaikan harga utiliti. - AFP