Pestasi PH sedang dinilai rakyat

Iklan
Johari (kiri) menyampaikan sumbangan cenderahati kepada wakil kawasan yang menyediakan makanan ketika rumah terbuka Aidilfitri PH malam tadi.

GUAR CHEMPEDAK - Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan ketika pentadbiran PH pada ketika ini sedang dinilai oleh rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, berkata PH akan menghadapi masalah jika sesuatu perkara itu tidak disenangi rakyat.

Iklan
Iklan

"Rakyat bijak membuat penilaian sama ada kita (PH) berpegang teguh atau tidak dengan janji kita.

"Jika kita tidak berpegang teguh kita akan menghadapi masalah dengan rakyat,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri PH Jerai di Guar Chempedak hari ini.

Iklan

Johari berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak, Johari bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Iklan

"Saya berpegang teguh dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto,” katanya.