'Jangan layan sentimen perkauman, agama'

Iklan
Mukhriz (belakang, lima dari kanan) bergambar bersama ahli PH Merbok pada majlis rumah terbuka Aidilfitiri PH Kedah malam tadi.

GUAR CHEMPEDAK - Kehadiran lebih 8,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang pada majlis rumah terbuka Aidilfitiri PH Kedah malam ini menunjukkan satu petanda bahawa semangat perpaduan kaum berada tahap yang sangat baik.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, rakyat perlu meneruskan semangat perpaduan seumpama itu dengan tidak melayan dakyah pihak tertentu yang sering memainkan isu perkauman dan agama.

Iklan
Iklan

"Yang mai malam ni bukan orang Melayu Islam sahaja, ada dari kaum Cina, India, Siam dan pelbagai agama serta latar belakang.

"Ini satu petanda bahawa semangat perpaduan berada pada tahap tinggi," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka itu malam tadi.

Iklan

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, sekiranya rakyat terus melayan dengan dakyah sedemikian ia akan memecah belahkan perpaduan yang tersedia utuh dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Kalau kita layan dakyah tersebut sudah tentu tak boleh buat majlis rumah terbuka Aidilfitri ini," katanya.

Iklan

Sementara itu, Mukhriz bagi pihak kerajaan negeri meminta maaf kepada rakyat di Kedah jika terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan dalam pentadbiran negeri setakat ini.

Hadir sama, Presiden Parti Amanah merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Amanah yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.