The Primadona Series inspirasi karakter Erra Fazira

Iklan
Erra bersama model yang menggayakan koleksi The Primadona Series.
SOFEAROSE secara eksklusif melancarkan koleksi hijab terbaharu mereka, The Primadona Series dengan mempertaruhkan tiga koleksi berlainan cerita.

Ia hasil kolaborasi idea bersama pelakon, penyanyi dan juga primadona filem Melayu, Fazira Wan Chek atau nama popularnya, Erra Fazira. Lakaran kehidupan seorang primadona yang pernah dilalui selebriti terkenal itu cuba diterjemahkan ke dalam hijab berkenaan.

Pengarah Seni Sofearose, Farrah Aina berkata, elemen bagi setiap siri hijab The Primadona Series diinspirasikan daripada personaliti dan karakter Erra sendiri.

Iklan
Iklan

"Setiap mainan warna yang dipertaruhkan juga merupakan simbolik kepada diri Erra yang dilihat seorang wanita yang berani, berdikari dan berjaya di dalam kelasnya yang tersendiri.

"Dari segi pemilihan fabrik, kami memilih material satin matte yang sinonim dengan cita rasa mewah. Pun begitu, kami masih mengekalkan identiti Sofearose yang patuh syariah pada setiap 12 warna yang dipertaruhkan untuk rangkaian selendang labuh dan selendang empat segi," katanya ketika program pelancaran The Primadona Series Show di The Ame Soeur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan
Warna biru laut menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai.
Pilihan warna dan corak yang menarik buat wanita yang gemarkan kelainan.

Teruja

Erra yang ditemui selepas itu berkata, beliau berasa teruja dengan kejayaan kerjasama pertama beliau bersama Sofearose. Beliau juga mengakui gelaran primadona yang digalasnya itu adalah satu tanggungjawab yang amat besar.

Iklan

"Dari segi pemilihan warna, warna bold (berani) dan classy menjadi pilihan kerana itulah identiti sebenar seorang primadona. Begitu juga dengan reka bentuknya yang mempunyai elemen dan ceritanya tersendiri mengenai istilah primadona.

"Jangkaan peminat Sofearose dan Erra amat tinggi, jadi, kami akan pastikan hasilnya adalah selari dengan kelas primadona itu sendiri," katanya yang bakal muncul dengan lagu terbaru bertajuk Menangkah Cinta ciptaan Hafiz Hamidun selepas Aidilfitri nanti.

Dari kiri, Pengarah Urusan Sofearose, Muhammad Zaki Yusof, Erra dan Farrah ketika majlis pelancaran The Primadona Series Show di Bukit Jalil.

Koleksi The Primadona Series boleh didapati melalui laman web www.sofearose.com atau di Butik Sofearose Melawati Mall, Shah Alam dan Bangi Sentral pada harga RM129 sehelai.