Juruterbang maut, helikopter terhempas di atas bumbung di New York

Iklan
Asap tebal memenuhi ruang udara sejurus helikopter tersebut terhempas.

NEW YORK - Sekurang-kurangnya seorang maut apabila sebuah helikopter terhempas ketika ia cuba mendarat cemas di atas bumbung menara pencakar langit di Manhattan, Amerika Syarikat semalam.

Kejadian di bangunan AXA Equitable Center setinggi 51 tingkat di 787 Seventh Avenue berhampiran Times Square di New York itu berlaku ketika cuaca buruk kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengesahkan mangsa yang terbunuh adalah juruterbang helikopter terbabit.

Menurutnya, punca nahas itu masih disiasat dan tiada tanda menunjukkan ia adalah 'tindakan keganasan'.

Iklan

"Tiada kecederaan lain dilaporkan melibatkan mereka yang berada dalam bangunan ini atau orang awam," jelasnya.

Sementara itu, jurucakap bomba memaklumkan mereka berjaya mengawal kebakaran di ruang bumbung bangunan setinggi 229 meter tersebut walaupun pada mulanya berdepan kesukaran kerana ketinggiannya. - Agensi

Iklan