Jutaan belalang musnahkan tanaman di Sardinia

Iklan
Serangan belalang memusnahkan kira-kira 2,000 hektar tanaman di Sardinia. - Gambar Hiasan

SARDINIA - Jutaan ekor belalang 'menawan' pulau Sardinia di Itali ekoran serangan terburuk dalam tempoh 60 tahun, lapor media tempatan.

Kumpulan besar belalang memusnahkan tanaman dan memasuki kediaman di kawasan Ottana dan Oran di tengah wilayah Nuoro.

Iklan
Iklan

Menurut laporan, lebih 2,000 hektar tanah ladang dimusnahkan serangga berkenaan.

Serangan belalang tersebut dikaitkan dengan kenaikan suhu selepas cuaca sejuk selama berbulan-bulan di pulau terbabit.

Iklan

"Jutaan belalang muncul di kawasan luar bandar dan menyasarkan kawasan pertanian untuk mencari makanan," kata pertubuhan petani Itali, Coldiretti sambil menambah tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan hasil tanaman yang musnah.

Sementara itu laporan akhbar La Stampa menyebut sekurang-kurangnya 12 ladang dan padang ragut turut musnah akibat serangan belalang terbabit.

Iklan

Belakang sering muncul di pulau Sardinia dalam bulan musim panas antara Jun dan Ogos namun jumlahnya dikatakan amat banyak pada kali ini. - Agensi