Suara Rakyat desak SPRM, polis siasat seorang pemimpin PH

Iklan
Lokman (depan) selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA - Sekretariat Suara Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, laporan itu adalah berhubung satu dokumen yang diterimanya daripada seorang individu mengenai satu pemindahan dana daripada dua bank kepada akaun milik pemimpin berkenaan yang berlaku pada 19 Disember 2017.

Iklan
Iklan

Lokman berkata, laporan tersebut juga sebagai memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya untuk beliau membuktikan di bawah kepimpinannya akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa pilih kasih.

Dalam pada itu, Lokman turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi mendesak polis melakukan siasatan terhadap penularan rakaman video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin PH berkenaan.

Iklan
Iklan