Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudahkan: Benjy

Iklan
Benjy

PELAKON Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kesihatan buatnya yang kini di Penjara Tanjung Gusta Medan, Indonesia.

"Aku lama lagi kat sini, jadi tolong doakan agar kesihatan aku semakin baik. Sebab aku perlu jadi sihat agar dapat meneruskan kehidupan di sini. Doakan segala usaha aku untuk pulang, dipermudahkan,” tulisnya.

Iklan
Iklan

Permintaan tersebut diluahkan Benjy pada sekeping nota tulisan tangannya yang diserahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi ketika kunjungan persatuan itu baru-baru ini.

Benjy yang juga merupakan anak kepada Allahyarham seniwati Azean Irdawaty ini telah ditahan pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April tahun lalu.

Iklan

Dia didapati bersalah kerana memiliki 4.5 gram dadah jenis methamphetamine dan dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Menurut Zed, sebagai mana yang dilaporkan Mstar, Benjy mengalami penyakit asma kronik selain berpotensi untuk terkena batuk kering.

Iklan

"Apabila kami berjumpa sahaja dia terus memeluk saya dengan lama kerana menurutnya kami orang pertama dari Malaysia yang melawatnya sejak dipenjarakan tahun lalu.

"Memandangkan dia bukan warganegara Indonesia jadi untuk membeli ubat-ubatan yang sesuai menelan kos tinggi malah pemeriksaan pun dia perlu bayar.

"Alhamdulillah kami sempat membawanya menjalani pemeriksaan dan membeli ubat-ubatan untuknya ketika melawat di penjara," ujar Zed lagi .

Justeru, atas darar kemanusiaan, Seniman terpanggil untuk membantu dan mencuba sebaik mungkin dalam mengurangkan bebannya itu.