Maut tersepit dalam nahas tiga kenderaan

Iklan
Nahas melibatkan lima kenderaan di jambatan Kampung Keroh,sebentar tadi.

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di atas jambatan berhampiran Kampung Keroh di sini hari ini.

Mangsa tersepit ditempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia ditempat kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang.

Iklan
Iklan

Seorang penumpang kenderaan sama yang turut tersepit di tempat duduknya cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 petang.

Iklan

"Saya mengetuai operasi bersama tiga pegawai bomba serta lima pegawai bomba bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai dan lima pegawai bomba Sungai Durian ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi kejadian kita dapati dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu serta penumpang kereta Perodua Kancil. Kita mengambil masa lima minit mengeluarkan kedua-dua mangsa," katanya.

Iklan
Mangsa tersepit dalam kemalangan di Keroh berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan Penyelamat.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Kuala Krai sementara mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu. Pemangku Ketua Polis Daerah berkata, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.