KUALA LUMPUR - Kanak-kanak dan warga emas antara yang diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dalam kejadian banjir kilat Kampung Periuk, Kampung Baru petang tadi.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamaruzaman berkata, seramai 50 mangsa melibatkan 15 buah rumah terjejas dalam kejadian jam 3 petang itu.
Menurutnya, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 3.13 petang sebelum sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi bagi pemantauan dan
"Penduduk dipindahkan ke Dewan Sultan Sulaiman yang jaraknya sepuluh meter dari lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan susulan paras air naik mendadak sehingga paras satu meter.
"Tiada alat khas digunakan sebaliknya pasukan bomba bersama anggota polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membantu mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian menggunakan jaket keselamatan," katanya.
Katanya, turut terjejas sekurang-kurangnya dua kenderaan yang terperangkap yang tidak sempat dialihkan.
"Bagaimanpun, tiada mangsa tercedera atau dikejarkan ke hospital susulan kejadian itu.
"Pemantauan diteruskan sehingga lewat petang dan air mulai surut kira-kira jam 6 petang," katanya.
Katanya, jumlah kerugian dan kerosakan harta benda masih dalam siasatan.