Pas ingatkan ahlinya tidak sebar video hanyir

Iklan
Tuan Ibrahim - GAMBAR FAIL BERNAMA

SHAH ALAM - Pas menggesa ahli dan kepimpinannya agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas juga menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.

Iklan
Iklan

"Sebagai seorang Muslim sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Sulit Timbalan Menteri buat dakwaan terlibat dalam klip video seks

Iklan

Saya tak tahu apa-apa, kata Dr Mahathir

"Di saat pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, Pas perlu tampil menjadi agen yang membantu bukan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang tidak bermanfaat.

Iklan

"Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukhuwah jamaah dan jaga hubungan dengan ALLAH, agar ALLAH pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Awal pagi tadi, Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip wajah menteri.

Video panas tersebut tersebar sejak semalam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggesa Mahkamah Syariah Sabah menghukum individu tersebut atas pengakuannya.

"Sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan (berkaitan klip video seks), maka Pas menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau.