Polis gempur 'litar' lumba haram

Iklan
Kenderaan yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Kuantan untuk pemeriksaan lanjut. Foto: Facebook Polis Pahang.

KUANTAN - Keterujaan sekumpulan individu berkumpul di Jalan Kuantan- Pekan di hadapan Penjara Penor di sini, awal pagi Isnin lalu untuk menyaksikan aktiviti lumba haram tidak kesampaian apabila lokasi itu digempur polis.

Hasil serbuan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dibantu anggota Bahagian Siasatan Jenayah, 58 kenderaan yang berada di lokasi berkenan ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Kuantan untuk pemeriksaan lanjut.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya mengeluarkan 90 saman atas pelbagai kesalahan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan terlibat.

"Pada masa sama, kita turut menyita dua kereta dan dua motosikal atas kesalahan ubah suai dan tidak memiliki lesen memandu,” katanya.

Iklan

Kamarulzaman berkata, Ops Samseng Jalanan sempena Ops Selamat 15 yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuantan itu susulan maklumat awam berhubung aktiviti lumba haram yang akan diadakan di lokasi berkenaan.

"Susulan maklumat tersebut sepasukan anggota membuat serbuan ke lokasi bagi mencegah aktiviti perlumbaan haram tersebut,” katanya.

Iklan