Majlis SHAH ALAM - Satu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin menolak fitnah akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Bukit Megawati, Seksyen 7 di sini, malam ini.
Difahamkan, ia dipercayai berkaitan dengan penyebaran sebuah klip video seks yang diperkatakan umum sejak semalam.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Hilman Idham berkata, majlis itu akan diadakan bermula jam 7.00 malam.
Ia katanya, dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah.
"Majlis akan berlangsung 12 Jun 2019 (hari ini) di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor.
"Seluruh kepimpinan, penggerak, anggota dan pendukung PKR dipersilakan hadir,” katanya dalam kenyataan itu.
Artikel Berkaitan