AIR kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan anda. Buat mereka yang masih mencari-cari penawar kesihatan, air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu, ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan.
Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.
Mahu tahu apakah kebaikan air kelapa? Ini hanya sebahagian manfaatnya:
1) Dapat mengurangkan berat badan
Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum secara berlebihan.
2. Baik untuk kulit
Kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda.
3) Melambatkan proses penuaan
Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.
4) Membantu penghadaman
Jika perut sentiasa kembung dan sukar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan.
5) Menurunkan tekanan darah
Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan.