Berpuluh kali dilanda banjir kilat

Iklan
Norhizam (kiri) menyampaikan sumbangan JKM dan beras kepada Wahid di Kampung Batu Hampar.

MELAKA TENGAH -"Sepatutnya hari ini saya dah mula berniaga kedai makan selepas berehat sebulan Ramadan lalu, tapi banjir kilat melanda dan ini telah berpuluh kali ia berlaku," kata seorang penduduk di Kampung Batu Hampar, Wahid Abu, 56, di sini hari ini.

Wahid antara penghuni 200 buah rumah yang terjejas dalam Dun Pengkalan Batu disebabkan hujan berpanjangan bermula jam 10 malam tadi.

Iklan
Iklan

Wahid berkata, sejak semalam dia telah memberi pelbagai keperluan berniaga termasuk bahan mentah namun tidak menyangka kawasan berkenaan akan dinaiki air sehingga paras betis.

Menurutnya, disebabkan telah berpuluh kali berdepan dengan banjir kilat dia telah membuat persiapan awal termasuk tidak meletakkan perkakas elektrik mahupun perabot kayu tempatan yang rendah selain telah menggulung tikar dan memindahkannya di bahagian lebih tinggi

Iklan

"Dari saya mula tinggal di sini pada tahun 1973 hingga sekarang sering kali bila hujan lebat berpanjangan pasti banjir kilat berlaku.

"Saya pun tak tahu sampai bila terus begini, sudahlah baharu menyambut hari raya, kali ini terpaksa mengemas dan membersihkan rumah yang dinaiki air kotor yang melimpah dari longkang berdekatan," katanya.

Iklan
Wahid terpaksa membersihkan kedai makan miliknya yang turut terjejas akibat banjir kilat.

Tambahnya, sejak River Cruise diwujudkan, banjir lebih kerap berlaku sehinggakan buntu memikirkan sampai bila harus berdepan dengan situasi itu lebih-lebih lagi dia semakin berusia.

"Dari kerajaan terdahulu hinggalah kerajaan sekarang, saya bukan menolak pembangunan tapi seolah-olah pembangunan itu tidak dirancang secara holistik seperti river curise yang sebenarnya menjadikan kami di sini lebih teruk," katanya.

Sementara itu, Adun Pengakalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yang turun padang berkata, masalah banjir kilat ini tidak akan selesai selagi pusat tadahan air tidak dibina sebagai salah satu inisiatif menyalurkan lebihan air ke pusat itu terutama ketika menerima taburan hujan yang banyak.

Menurutnya, walaupun terdapat dua pintu gate bagi mengalirkan air ke laut iaitu Klebang Besar dan Syabandar namun ia tidak boleh dibuka sekiranya air laut pasang.

"Solusinya kita perlu buat tadahan air supaya air berlebihan boleh pam masuk ke pusat tadahan air selain keadaan longkang yang sedia ada juga tidak dapat menampung kapasti air banyak dalam satu masa ditambah sampah sarap dalam longkang," katanya.

Pada lawatannya itu Norhizam yang juga Exco Pertanian Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani turut menyampaikan bantuan awal daripada Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dan beras kepada mangsa terlibat.