Waspada dapat berita tak sahih: Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi -Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim

KUALA LUMPUR - Umat Islam diingatkan agar berwaspada ketika mendapat sesuatu berita yang tidak pasti kesahihannya.

Pesanan itu diberikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di laman Facebooknya hari ini yang turut disertakan dengan potongan surah Al Hujurat ayat enam.

Iklan
Iklan

"Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti dan krisis moral. Islam mengajar kita berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya.

"Islam juga mengajar kita untuk menjaga maruah diri dan saudara, yang termasuk di dalam maqasid syariah yang lima iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta," katanya.

Iklan

Maka, katanya, Pas mengajak semua pihak berpegang kepada ajaran Islam sebenar serta berpolitik secara jujur, bersih dan bermaruah demi kebaikan rakyat dan negara tercinta.

Kenyataan itu dipercayai mengulas kepada isu semasa yang hangat diperkatakan iaitu berkaitan video seks mirip seorang menteri.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli dan kepimpinan parti agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum itu.

Tuan Ibrahim juga menggesa seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.