Maut dihempap mesin kilang

Iklan
Mesin yang cuba dialihkan mangsa kemudiannya terjatuh dan menghempap mangsa.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas dihempap mesin memproses barangan elektrik di sebuah kilang di Jalan Prima 3, Kawasan Perindustrian Tebrau 4, di sini hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.13 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan kekuatan anggota seramai 10 orang dengan bantuan tiga jentera termasuk kenderaan EMRS.

"Kejadian melibatkan seorang mangsa yang tersepit akibat dihempap mesin memproses barangan elektronik.

Iklan

"Mangsa merupakan kontraktor luar dari kilang tersebut yang mana sedang menjalankan proses memindahkan mesin berkenaan ke tempat lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saiful berkata, bomba kemudiannya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa berusia 41 tahun itu.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital yang turut berada di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.50 petang.