Hentikan segera politik fitnah: Mufti Pulau Pinang

Iklan
Dr Wan Salim

BUKIT MERTAJAM - Seluruh rakyat di negara ini perlu menolak politik kotor dan fitnah kerana ia hanya akan mengundang kemurkaan ALLAH.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, rakyat negara ini khususnya yang beragama Islam perlu berhenti daripada melakukan perbuatan keji ini kerana ianya boleh merosakkan imej umat Islam di mata dunia di samping merupakan dosa yang besar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka sepatutnya mempamerkan contoh akhlak yang baik di dalam segala bidang termasuk politik.

"Saya ingin merakamkan perasaan sedih dan dukacita yang mendalam terhadap pertarungan politik tanah air yang amat tidak sihat dengan mengenepikan ajaran agama dan nilai-nilai moral menerusi penyebaran satu klip video berunsur fitnah yang disasarkan terhadap peribadi seorang pemimpin.

Iklan

"Kita menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menolak permainan politik kotor dan tidak bermoral ini,"katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Dr Wan Salim berkata, pelaku fitnah ini hendaklah diadili di Mahkamah Syariah Sabah dan dikenakan hukuman qazaf menurut peruntukan undang-undang sedia ada.

Iklan