Lelaki 'naik angin' mesin dobi terhenti

Iklan
Pemilik kedai dobi memuat naik rakaman CCTV dan status di Facebooknya mengenai tindakan biadab lelaki berkenaan.

SABAK BERNAM - Seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan sampin 'naik angin' di sebuah kedai dobi di Sekinchan, 7 Jun lalu.

Kejadian jam 12 tengah malam itu dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit berang selepas mesin basuh pakaian layan diri itu berhenti secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berdurasi 15 saat itu kemudiannya tular di media sosial Facebook, semalam.

Pengusaha kedai dobi itu memuat naik status di Facebooknya kesal dengan tindakan lelaki terbabit.

Iklan

"Dalam rekod CCTV, lelaki terbabit tiba-tiba bangun dengan perasaan marah lalu mengetuk digital skrin dan menarik pemegang pintu mesin basuh menyebabkan kedua-duanya rosak," katanya.

Katanya, lelaki yang turut datang bersama seorang perempuan itu dipercayai memasukkan terlalu banyak pakaian dan serbuk pencuci ke dalam mesin basuh 14kg berkenaan.

Iklan

"Isteri (perempuan) tersebut menghubungi talian hotline dan bercakap biadab.

"Mereka kemudiannya ke kaunter hotel di sebelah kedai dobi dan marah kepada pekerja hotel kerana tidak berpuas hati," katanya.

Bagaimanapun, katanya, meskipun mempunyai bukti, namun CCTV tidak dapat merakam dengan jelas muka lelaki terbabit.

"Saya tidak membuat laporan polis dan tidak minta ganti rugi daripadanya pada malam tersebut.

"Saya berharap orang ramai kongsi dengan rakan bagi memberi pengajaran terhadap tindakan biadap seperti ini," katanya.