14,665 saman pandu lebih had laju

Iklan
Razarudin

IPOH - Memandu melebihi had laju antara kesalahan tertinggi dicatatkan sepanjang 14 hari Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, sebanyak 14,665 saman bagi kesalahan tersebut telah dikeluarkan daripada jumlah keseluruhan 22,657 saman trafik.

Iklan
Iklan

"Kesalahan lain adalah tiada lesen memandu sebanyak 2,091 saman, tanda trafik (1,745), kemalangan (847), tali pinggang keledar (600), nombor plat (567), lampu isyarat (450), simpang jalan (450) dan alat telekomunikasi (322).

"Namun, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 13,627 saman berbanding tahun sebelumnya iaitu 36,284 saman pada Op Selamat 13/2018,” katanya hari ini.

Iklan

Menurutnya, Perak merekodkan 1,966 kes kemalangan jalan raya dengan 22 kes kemalangan maut membabitkan 27 kematian.

"Jalan bandaran memperlihatkan jumlah lokasi kemalangan tertinggi di negeri ini iaitu sebanyak 681 kes,

Iklan

"Ia diikuti jalan persekutuan (511), jalan negeri (324), lebuh raya (322) dan jalan lain dengan 128 kes," katanya.