JD Sports syurga fesyen sukan, jalanan

Iklan
HIMPUNAN pakaian di JD Sports ideal digayakan jejaka ketika bersukan ataupun bersantai secara kasual.

MEMAHAMI kecenderungan generasi muda masa kini terhadap fesyen sukan dan jalanan jenama antarabangsa yang popular, butik JD Sports mengambil inisiatif melebarkan sayap di beberapa buah negeri.

Selain berpangkalan di pusat beli-belah Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur, JD Sports turut beroperasi di gedung Mid Valley SouthKey (Johor Bahru, Johor), Sunway Carnival Mall (Pulau Pinang) dan Mahkota Parade di Melaka.

Iklan
Iklan

Terbaharu, JD Sports yang mula menapak di Malaysia pada tahun 2016 telah melancarkan semula butik utama mereka di Mid Valley Megamall dengan menerapkan dekorasi moden dan ruang seluas 743 meter persegi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JD Sports SEA, Andre Loong, penambahan keluasan butik tersebut bertujuan menyuntik kepuasan dan keselesaan kondusif kepada pengunjung tatkala membeli-belah.

Iklan

"Sementara itu, pembukaan JD Sports di Johor Bahru pula adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat lokal memiliki seleksi pakaian dan kasut jenama Adidas, Nike, Lacoste, Vans dan Puma,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran tersebut, intipati acara dirancakkan lagi dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan konsep unik apabila ekskalator bertindak sebagai pentas peragaan.

Iklan

Antara koleksi pakaian yang ditawarkan di JD Sports ialah The Nike’s Air Max 97, Puma RS-0 Trophy, JD Exclusive Puma XTG, Pink Soda Sport Longsleeve Tape Tee, Supply & Demand Rainbow Poly Hoodie dan Adidas Nite Jogger.