Perkhidmatan LRT Sri Petaling beroperasi seperti biasa

Iklan
Pasukan penyelenggara berjaya menyiapkan kerja baik pulih lebih awal dari jadual ditetapkan.

KUALA LUMPUR - Kerja naik taraf perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) Laluan Sri Petaling antara Stesen Bandaraya dan PWTC selesai 9 Jun lalu, lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Ketua Pegawai Operasi Laluan Ampang dan Sri Petaling, Abdul Hadi Amran berkata, cadangan penutupan operasi yang sepatutnya berlaku pada 16 Jun dan 23 Jun dibatalkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi LRT bagi laluan tersebut akan berjalan seperti biasa.

"Rapid mengucapkan terima kasih kepada pengguna perkhidmatan kami kerana bersabar dan memahami kesulitan yang dihadapi.

Iklan

"Kerja naik taraf berjalan lancar dan siap lebih awal dari jadual ditetapkan. Tiada kerosakan besar dikesan, cuaca juga dalam keadaan baik sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan," katanya.

Pengguna boleh melayari laman web www.myrapid.com.my atau Facebook Rapid KL dan Twitter @MyRapidKL untuk mengikuti perkembangan terkini perkhidmatan tren.

Iklan

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan tiga stesen perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling iaitu stesen LRT Bandaraya, stesen LRT Sultan Ismail dan stesen LRT PWTC akan ditutup sementara dari jam 6 pagi hingga 9 pagi pada 9, 16 dan 23 Jun ini bagi kerja-kerja menaik taraf landasan.

Tren dari Ampang dan Putra Heights akan berakhir di Stesen LRT Bandaraya, manakala tren dari Sentul Timur akan berakhir di Stesen LRT PWTC.

Perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan di antara stesen LRT Bandaraya dan stesen LRT PWTC dengan kekerapan 15 minit tertakluk kepada keadaan trafik.