PKR anjur solat hajat tolak fitnah

Iklan
Amirudin ketika menunaikan Solat Hajat menolak fitnah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.

SHAH ALAM - Satu majlis solat hajat menolak fitnah dan bacaan Yasin diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Bukit Megawati, Seksyen 7 di sini, malam ini.

Ia berkaitan dengan penyebaran sebuah klip video hubungan intim dikaitkan dengan seorang menteri yang diperkatakan umum sejak semalam.

Iklan
Iklan

Majlis itu dimulakan pada jam 7 malam dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Ustaz Khairi Mohd Nor, sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin, solat Isyak dan solat hajat.

Ia dihadiri ahli-ahli dan kepimpinan PKR seperti Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Hilman Idham; Ketua Wanita PKR, Haniza Talha dan Adun Port Klang, Azmizam Zaman Huri.

Iklan

Video yang mengaitkan seorang menteri dari PKR itu tersebar di pelbagai platform sejak semalam.

Hari ini, seorang lelaki bernama Muhammad Haziq Aziz membuat pengakuan bahawa dia merupakan individu dalam video yang didakwa bersama menteri itu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini...’ – Azmin

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan video itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Mohamed Azmin juga mendakwa siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasinya dan menjatuhkan karier politik beliau.