Pandang serius keperluan anggota polis berpangkat rendah

Iklan
Wahyu Hidayat

BATU PAHAT - Kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang mahukan gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan.

Pengasas Skuad Muafakat 4All dan Gabungan NGO Bangsa Johor, Wahyu Hidayat Jaapar berkata, langkah itu sekiranya diberi perhatian kerajaan akan membantu meningkatkan moral integriti sekali gus mengurangkan bebanan kos sara hidup anggota polis berpangkat rendah.

Iklan
Iklan

"Tiga perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan ketika ini ada anggota bawahan berdepan tekanan sara hidup dan pada masa sama berhadapan dengan tugasan yang agak mencabar menjaga keselamatan rakyat dan negara dan ada sebahagian besar juga bekerja tanpa mengira waktu dan cuti.

"Polis pangkat rendah yang bertugas di bandar besar serta luar bandar berdepan cabaran kos sara hidup yang tinggi dan dengan tangga gaji diterima mereka ketika ini ia memang mencabar dan tidak sepadan dengan beban kerja yang digalas," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Menurutnya, maklum balas yang diberikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneliti perkara itu juga adalah satu langkah permulaan yang baik bagi memastikan anggota polis berpangkat rendah terus menjalankan amanah dan tugas dengan cemerlang.

Pada masa sama, pasukan itu perlu memastikan tahap integriti anggotanya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan tidak hanya dilakukan apabila gaji dinaikkan.

Iklan

"Gaji naik, rasuah akan berkurang juga bukan satu jaminan. Dalam usaha mereka meminta pertimbangan kepada kenaikan gaji, pasukan itu juga perlu menumpu usaha kepada pemupukan nilai integriti dalam setiap anggotanya supaya amalan rasuah dalam kalangan anggota dapat dibanteras dengan berkesan.

"Selain itu, kuarters polis juga perlu dilihat semula memandangkan banyak yang sudah uzur dan tidak terurus selain kenderaan peronda di balai-balai luar yang tidak kemas dan memerlukan penambahbaikan kerana peruntukan perlu disalurkan untuk baik pulih kenderaan dan memperbaiki kediaman mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji keperluan polis pangkat rendah diberi perhatian