Takziah buat keluarga A. Rahman Hassan: Anwar

Iklan

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berduka dengan pemergian penyanyi terkenal era pop yeh yeh, Datuk A Rahman Hassan.

Penyanyi itu meninggal dunia jam 12.38 pagi tadi di Hospital Ampang pada usia 73 tahun.

Iklan
Iklan

"Saya berkesempatan bertemu Allahyarham ketika beliau menghadiri program Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Port Dickson pada 21 April lalu.

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga mereka tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini," tulisnya dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Anwar turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

ARTIKEL BERKAITAN: A Rahman Hassan kembali ke rahmatullah