Mangsa banjir terpaksa berpindah

Iklan
Mangsa banjir dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman.

DESA COALFIELDS - Mangsa banjir yang dipindahkan dari Dewan MDKS, di sini pagi tadi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman berikutan dewan itu disewa untuk majlis keramaian.

Pemindahan seramai 83 mangsa banjir itu dibantu penguatkuasa MDKS dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menggunakan lori dan van.

Iklan
Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Banjir: Masjid pun tenggelam]

Mereka dipindahkan secara berperingkat bermula jam 1.50 petang tadi untuk ke sekolah terbabit yang berada berhampiran dewan MDKS Desa Coalfields.

Iklan

Wakil penduduk, Ibrahim Abd Samad, 56, menyifatkan musibah banjir kali ini adalah yang terburuk tahun ini kerana menjejaskan banyak tempat.

"Jika sebelum ini, banjir hanya kena rumah penduduk yang dekat dengan sungai tapi kali ini sampai ke simpang empat utama dan menjejaskan beberapa premis kedai perabot serta kedai makan.

Iklan

"Dari malam tadi memang penduduk runsing sebab air sungai sudah melimpah dan tak sangka dalam jam 12 malam kena pindah sebab paras air mencecah dua meter," katanya.

Menurutnya, kawasan laluan dan kawasan masjid mula dinaiki air pada jam 2 pagi menyebabkan mangsa dipindahkan dengan kadar segera ke dewan berhampiran dengan bantuan bomba.