Setiausaha politik Azmin buat laporan qazaf

Iklan
Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham menunjukkan laporan polis dan qazaf menolak fitnah yang dibuatnya di IPD Putrajaya dan JAWI Putrajaya hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABD RAHIM

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi hari ini membuat membuat laporan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung penyebaran satu video lucah melibatkan seorang lelaki dengan individu mirip seorang menteri Kabinet sejak kelmarin.

Laporan qazaf itu merupakan tindakan susulan yang dibuat selepas satu laporan polis dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut Mohammad Hilman Idham yang merupakan pegawai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kedua-dua laporan itu dibuat agar membolehkan kertas siasatan dibuka terhadap penyebaran video tersebut.

"Tindakan membuat laporan polis dan qazaf ini dibuat di atas kapasiti saya sebagai setiausaha politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi ke atas tuduhan palsu dan fitnah jahat yang dibuat terhadap menteri (Azmin).

ARTIKEL BERKAITAN: Saya sabar, tabah dan tenang: Azmin

Iklan

"Saya telah menyerahkan laporan kepada pihak polis dan percakapan saya juga telah dirakam sebagai saksi. Kita akan memberikan kerjasama yang terbuka kepada polis dan Jawi di atas segala siasatan yang akan dilakukan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan pendiriannya bahawa penyebaran video seks dan pengakuan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Muhammad Haziq Abdul Aziz sebagai satu tuduhan palsu dan fitnah jahat.

Iklan

"Saya ingin menegaskan sekali lagi pendirian saya bahawa tuduhan palsu dan fitnah jahat yang diadakan ini untuk mencemarkan reputasi dan nama baik serta keperibadian menteri.

"Ini merupakan suatu konspirasi jahat untuk menyekat kemaraan Azmin dalam politik dan juga kejayaan-kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya.