2 jam padam kebakaran kilang perabot

Iklan
Pihak bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di kilang perabot yang terletak di Subang itu.

SUBANG - Sebuah kilang perabot di Taman Perindustrian Subang dilaporkan terlibat dalam kebakaran, sebentar tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada pukul 1.25 petang dan menggerakkan tujuh jentera bersama 40 anggota ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang perabot kelas A yang berkeluasan 100x50 kaki persegi dan sewaktu anggota tiba pada jam 1.34 petang, keadaan api sedang marak.

"Kebakaran berlaku di tingkat atas melibatkan gudang dua tingkat dan ruang pejabat empat tingkat.

Iklan

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadam kebakaran dan api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 3.29 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih disiasat.

Iklan