'Seluruh dunia akan merindui Chong Wei'

Iklan
Berita persaraan Chong Wei dianggap kehilangan besar buat sukan badminton dunia.

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengakui amat berat untuk melepaskan pemergian Datuk Lee Chong Wei yang mengambil keputusan untuk mengakhiri kariernya selepas 19 tahun mewaranai sukan badminton.

Norza berkata, walaupun sukar, namun sebagai presiden badan induk itu, beliau terpaksa menerima keputusan daripada bekas pemain nombor satu dunia itu.

Iklan
Iklan

"Di antara anda semua, saya juga paling sedih dan terkesan dengan berita ini. Tiada kata-kata untuk saya gambarkan perasaan ini.

"Chong Wei telah menjadi inspirasi kepada semua dan kini kita kehilangan seorang legenda yang boleh diharapkan. Adalah sukar untuk kita mempunyai seorang pemain sehebat Chong Wei yang selama ini sentiasa merendah diri dan menunjukkan erti perjuangan sebenar dalam sukan ini," katanya.

Iklan

Pada masa sama, Mohamad Norza percaya kelibat Chong Wei di gelanggang bukan sahaja dirindui seluruh rakyat Malaysia bahkan peminat badminton seluruh dunia.

"Walaupun sedih, pada masa sama saya gembira kerana Chong Wei mempunyai hati yang cekal untuk mengakhiri kariernya. Saya bertuah dapat bersama seorang pemain yang bergelar hero negara dan telah meraih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

Iklan

"Pastinya seluruh dunia akan merindui 'Raja Super Series' ini. Bagi pihak BAM, saya ingin mengucapkan terima kasih di antas sumbangan anda selama ini," katanya.