BUENOS AIRES - Mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas bekas menteri Argentina, Jose Lopez selepas ditangkap polis ketika cuba menyembunyikan beg berisi wang tunai AS$9 (RM37.48 juta) juta di sebuah biara di Buenos Aires.
Lopez, 58, ditangkap ketika sedang membaling 160 beg berisi wang tunai masuk ke taman biara itu.
Seorang biarawati Katolik, Celia Ines Aparicio, 80, yang didakwa bersubahat dalam kes itu dibebaskan.
Lopez antara kumpulan pegawai yang rapat dengan mendiang Presiden Nestor Kirchner dan penyandangnya, iaitu isterinya Cristina Kirchner.
Lopez dan bekas majikannya, bekas Menteri Perancangan Julio de Vido yang turut dipenjarakan kerana rasuah, menguruskan projek kerja awam kerajaan di bawah pemerintahan Kirchners (2003-2015).
Isterinya, Maria Diaz diberikan hukuman tertangguh dua tahun kerana bersubahat dalam kes itu.
Lopez yang juga bekas timbalan menteri kerja awam turut disyaki menggelapkan duit dalam dua kes rasuah lain.
Tertuduh ditahan di penjara Ezeiza, pinggir Buenos Aires.
Kirchner, kini senator yang mahu bertanding jawatan naib presiden pada pilihan raya Oktober depan.
Beliau pada masa ini berdepan perbicaraan rasuah ketika menjadi presiden Argentina selama dua penggal dari 2007-2015. – AFP