Warga Pakistan ditahan didakwa cabul remaja

Iklan
Tangkkap layar dari video tular yang menunjukkan orang awam menahan lelaki Pakistan sebelum diserahkan kepada polis.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan selepas didakwa mencabul seorang remaja perempuan di Pangsapuri Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, suspek yang berusia 25 tahun ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi tiga minit dan 19 saat memaparkan beberapa individu menangkap dan membelasah seorang lelaki warga asing tular di media sosial sejak kelmarin.

Iklan
Iklan

Menurut keterangan hantaran tersebut, lelaki berkenaan ditahan dan dibelasah kerana didakwa mencabul remaja terbabit.